Tuesday, 1 May 2018

MUHAMMAD NASRULLAH BIN HASHIM
BA15161009

PUISI BERGRAFIK



KATA-KATA HIKMAH



BERITA

Pelajar Ums dijadikan pemuas nafsu secara bergilir-gilir.

Rabu, 15 Febuari 2017 - seorang pelajar universiti Malaysia Sabah yang berumur 21 tahun telah dirogal di pantai UMS atau dikenali Odec. Hal ini berlaku apabila 5 orang lelaki yang menculik seorang pelajar di kawasan perhentian bas UMS. Kejadian ini berlaku pada pukul 10.00 malam apabila pelajar itu habis kuliahnya. Mangsa tidak sempat melarikan diri dan dipukul sehingga pengsan oleh lima orang perogol itu sebelum dibawa ke kawasan Odec. Hal ini dapat disaksikan oleh seorang pelajar universiti sebelum membuat aduan kepada pihak keselamatan UMS.
Mangsa dijumpai pada keesokkan harinya oleh pegawai keselamatan dalam keadaan separuh bogel. Kemudian pegawai keselamatan itu membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth apabila melihat kesan lebam di bahagian muka dan paha. Mangsa itu diperiksa oleh Doktor dan didapati wanita itu telah dirogol secara bergilir-gilir.
Menurut ketua polis Kota Kinabalu Sabah, kejadian ini akan disiasat dibawah seksyen 375 kanun keseksaan merogol secara berkumpulan. Bagaimanapun semua pelajar universiti diseru agar lebih berhati-hati dan elakkan berjalan seorang diri terutamanya ketika waktu malam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin terjadi.



SASTERAWAN NEGARA KE BLOK SENI MENGANGKAT KETOKOHAN SASTERA MELAYU

Khamis, 15 Mac 2018 – Tokoh sasterawan negara iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah telah hadir ke blok Seni Universiti Malaysia Sabah pada kira-kira jam 1 tengahari dalam menjayakan satu program yang mengangkat ketokohan sastera Melayu. Encik Sharip Zainal selaku pengacara program yang berpengalaman telah membawa program tersebut dengan suasana yang cukup bertenaga dan tidak membosankan audion. Program ini dirasmikan oleh dekan fakulti iaitu Professor Ismail Ibrahim.
Beberapa lagi ahli ternama dibawah persatuan Nusantara Melayu Raya atau lebih dikenali sebagai NUMERA itu sendiri iaitu Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nashuha Jamidin dan salah seorang daripada wakil dari pihak DBP telah menghadirkan diri keprogram ini.
Kamala yang juga merangkap presiden Persatuan Sasterawan Malaysia ketika berucap bahawa program yang diadakan ini bertujuan untuk mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ianya mampu membuka minda masyarakat dalam merealisasikan kesusateraan serta menaikkan lagi dan menjaga imej Bahasa Melayu kita.
          Kamala ketika berucap dalam memperkenalkan apa itu persatuan NUMERA kemudiannya telah disambut dengan bacaan puisi oleh Umar Uzair. Beliau mendeklamasikan puisi yang bertajuk Cenderawasih dan mendendangkan puisi tersebut dalam bentuk lagu. Shirley Idris juga tidak ketinggalan dalam membentangkan puisinya yang bertajuk Bahasa Bertamsilkan Dosa.
Manakala beberapa orang pelajar tahun dua dan tiga jurusan Seni Kreatif itu sendiri juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan beberapa puisi hasil karya sendiri. Hal ini sekaligus dilihat mampu memberi percambahan ilmu yang berguna pada mereka yang terlibat dan mengembangkan lagi dunia sastera pelajar ke tahap yang lebih dinamik dari segi pembikinan gaya bahasa dan mesej yang ingin disampaikan supaya setiap karya yang terhasil memberi kegunaan kepada pembaca dan masyarakat.

DUNIA DIKEJAR AKHIRAT DIUTAMAKAN


KHAMIS, 15 MAC – Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Jenazah 2017/2018 di Dewan Utama kolej kediaman tersebut baru-baru ini.

Pengarah Program, Norhisam Hashimudin berkata, penganjuran program itu bertujuan memberi pendedahan kepada tatacara pengurusan jenazah yang betul kepada pelajar UMS.

“Melalui program ini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar menjalankan kewajipan fardhu kifayah untuk berbakti kepada masyarakat pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Pusat Islam UMS, Ustaz Jimmis Jumaat.

Dalam ceramahnya beliau menerangkan tiga perkara yang harus segera dilakukan setiap individu Muslim, pertama hendaklah menikahkan segera anak perempuan bila sampai waktunya, yang kedua melunaskan hutang piutang dan ketiga adalah menyegerakan pengurusan jenazah.

“Di sini dapat dilihat betapa pentingnya menyegerakan pengurusan jenazah dan ia dituntut oleh setiap individu yang masih hidup kepada yang telah meninggal dunia, ingatlah setiap yang hidup pasti akan merasai mati,” tambahnya sebelum menutup sesi ceramah tersebut.

Program sehari itu disertai seramai 42 pelajar dari Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Excellent dan Kolej Kediaman Angkasa.


VIDEO SPAKOL







No comments:

Post a Comment

  ANALISIS FILEM DAN POSTER (JENGKA)        SINOPSIS FILEM JENGKA Filem ini berkonsepkan ‘paranormal’ menceritakan Nini...