Tuesday, 1 May 2018


MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MAHASAN
BA15161008

PUISI GRAFIK


KATA-KATA HIKMAH



BERITA

PERKENALAN DI ‘WECHAT’ BERAKHIR TRAGEDI

Isnin, 13 November 2017 – hasrat seorang pelajar perempuan berumur 23 tahun untuk berjumpa kawan lelaki di pantai UMS atau lebih dikenali Odec, berakhir dengan tragedi apabila dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh lima orang lelaki sekaligus. Mangsa dikatakan mempunyai temu janji pertama kali dengan kawan baharunya itu yang dikenali di laman sosial iaitu dalam aplikasi ‘WeChat’ pada kira-kira jam 8 malam. Kegembiraannya bertukar menjadi tangisan kerana kawan lelakinya itu telah membawa empat orang lagi rakannya untuk memuaskan nafsu seks mereka.
Mangsa dijumpai dalam keadaan separuh bogel oleh seorang pegawai peronda pantai, Mohd Irfan pada pagi keesokannya. Beliau lantas membawa mangsa ke hospital yang terdekat memandangkan ada kesan lebaman di muka dan bahagian tangannya. Inspektor Haslam, Ketua Polis daerah Kota Kinabalu berkata mangsa tidak sedar diekori empat orang kawan lelakinya itu yang juga ternyata menghidapi masalah gangguan seks yang terlampau. Kini mangsa sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth serta ditahan wad untuk siasatan kesihatan beliau.
“Saya tidak menolak andaian yang mengatakan pelajar perempuan itu sendiri yang cuai dan mempunyai sikap terlalu cepat mempercayai orang luar, lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali dan tidak tahu apa asal-usulnya. Sikap sebegini seharusnya dikawal demi keselamatan diri dan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku”, kata Inspektor Haslam selain berpesan pada masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan diri serta tidak keluar rumah secara berseorangan.
Pihak polis berjaya menangkap kelima-lima lelaki tersebut hasil dari pertolongan orang ramai dan kes disiasat dibawah seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan.





Khamis, 15 Mac 2018 – beberapa tokoh sasterawan negara telah hadir ke blok Seni Universiti Malaysia Sabah pada kira-kira jam 1 tengahari dalam menjayakan satu program yang mengangkat ketokohan sasteta Melayu, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kamala. Encik Sharip Zainal selaku pengacara program yang berkarisma jelas telah membawa program tersebut ke arah yang lebih positif dan tidak bosan. Program tersebut telah dirasmikan oleh dekan fakulti iaitu Professor Ismail Ibrahim bertujuan untuk menyambut sasterawan negara kita yang ke 11, Kamala.
Program tersebut dihadiri beberapa lagi ahli ternama dibawah persatuan Nusantara Melayu Raya atau lebih dikenali sebagai NUMERA itu sendiri iaitu Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nashuha Jamidin dan salah seorang daripada wakil dari pihak DBP.
Beliau yang juga merangkap presiden Persatuan Sasterawan Malaysia ketika berucap bahawa program tersebut bertujuan untuk mengangkat martabat kesusateraan Melayu ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ianya mampu membuka minda masyarakat dalam merealisasikan kesusateraan serta menduniakan lagi Bahasa Melayu kita.
            Kamala ketika berucap dalam memperkenalkan apa itu persatuan NUMERA kemudiannya telah disambut dengan bacaan puisi oleh Umar Uzair. Beliau mendeklamasikan puisi yang bertajuk Cenderawasih dan mendendangkan puisi tersebut dalam bentuk lagu. Shirley Idris juga tidak ketinggalan dalam membentangkan puisinya yang bertajuk Bahasa Bertamsilkan Dosa.
Manakala beberapa orang pelajar tahun dua dan tiga jurusan Seni Kreatif itu sendiri juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan beberapa puisi hasil karya sendiri. Hal ini sekaligus dilihat mampu memberi percambahan ilmu yang berguna pada mereka yang terlibat dan mengembangkan lagi dunia sastera pelajar ke tahap yang lebih dinamik dari segi pembikinan gaya bahasa dan mesej yang ingin disampaikan supaya setiap karya yang terhasil memberi kegunaan kepada pembaca dan masyarakat.



MAHAKARYA 2018 MERIAH


Isnin, 23 April 2018 – Pada jam 9.30 pagi telah berlangsungnya majlis Mahakarya 2018 yang merupakan permulaan kepada proses penilaian projek akhir bagi pelajar tahun akhir Seni Kreatitf (HA11) bagi ketiga-tiga major iaitu penulisan, tari, dan teater. Majlis itu dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) sendiri iaitu Professor Dr. Ismail Ibrahim. Pembukaan majlis dihiasi dengan tarian sambut tamu oleh pelajar tahun akhir Seni Kreatif major tari.
          Majlis terus berlangsung dengan ucapan dari ketua pengarah Mahakarya, iaitu Saudara Mohd Nazri bin Jamiri yang merupakan pelajar tahun akhir, major penulisan. Selesai sahaja ucapan tersebut, ucapan perasmian dari Dekan FKSW juga berjalan lancar diiringi oleh protokol yang juga merupakan beberapa orang perempuan dari pelajar major penulisan. Mahakarya 2018 dimeriahkan lagi dengan bacaan puisi dari pelajar penulisan, iaitu saudara Sabir Syarifuddin dan saudari Siti Nor Hazatulazwah.
          Mahakarya pada pagi itu telah berjalan sekitar hampir dua jam dimana ianya telah dihiasi beberapa slot seperti persembahan spontan dari tiga produksi pelajar teater yang mewakili 11 produksi untuk bertanding pada hari Festival Teater Malaysia di Dewan Resital, UMS. Aksi spontan tersebut juga merupakan promosi kepada teater yang bakal bertanding dalam proses pembelian tiket masuk ke dalam dewan.
          Terdapat juga tayangan montaj yang telah disediakan hasil gabungan pelajar major Tari, Penulisan, dan Teater selama tiga tahun bertapak dan menimba ilmu di UMS. Selesai tayangan, terdapat satu tarian penutup oleh pelajar major tari tahun tiga yang mengiringi lagu ‘Jai Ho’. Hal ini memberikan lebih kemeriahan pada majlis tersebut. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan memandangkan pelajar tahun akhir yang terlibat akan melangkah keluar universiti tidak lama lagi.

VIDEO SPAKOL








No comments:

Post a Comment

  ANALISIS FILEM DAN POSTER (JENGKA)        SINOPSIS FILEM JENGKA Filem ini berkonsepkan ‘paranormal’ menceritakan Nini...